28 Julai 2011

Program Ehya Ramadhan

Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.
Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.

Bersempena dengan kedatangan bulan yang mulia ini pihak sekolah akan mengada program Ehya Ramadhan pada Jumaat 28 Syaaban 1432 /29 Julai 2011
.

27 Julai 2011

Pendaftaran Dan Pengesahan Tahun Satu 2012

Untuk makluman semua, pendaftaran murid untuk tahun satu SRA Desa Putra 2012 dah dibuka pada 1hb Januari 2011 sehingga 31hb Ogos 2011.

Tuan/puan boleh mendaftarkan anak tuan/puan dengan datang ke sekolah untuk mengisi borang.

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah:

1. Salinan IC Ibubapa/penjaga
2. Gambar anak 2 keping
3. Salinan surat beranak anak

Sekiranya tuan/puan mendaftar selepas dari tarikh tersebut (31 Ogos 2011) tuan/puan dikehendaki mendaftar di

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
ARAS 2 & 3, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2 PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK,
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM
NO. TELEFON : 03-5514 3400 ext 2036 /5514 3638
NO. FAX: 03-5512 3035