15 September 2011

Pihak sekolah telah mengadakan majlis bacaan yasin untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan PSRA. Majlis telah berjalan dengan lancar dihadiri oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang

28 Julai 2011

Program Ehya Ramadhan

Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.
Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.

Bersempena dengan kedatangan bulan yang mulia ini pihak sekolah akan mengada program Ehya Ramadhan pada Jumaat 28 Syaaban 1432 /29 Julai 2011
.

27 Julai 2011

Pendaftaran Dan Pengesahan Tahun Satu 2012

Untuk makluman semua, pendaftaran murid untuk tahun satu SRA Desa Putra 2012 dah dibuka pada 1hb Januari 2011 sehingga 31hb Ogos 2011.

Tuan/puan boleh mendaftarkan anak tuan/puan dengan datang ke sekolah untuk mengisi borang.

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah:

1. Salinan IC Ibubapa/penjaga
2. Gambar anak 2 keping
3. Salinan surat beranak anak

Sekiranya tuan/puan mendaftar selepas dari tarikh tersebut (31 Ogos 2011) tuan/puan dikehendaki mendaftar di

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
ARAS 2 & 3, MENARA UTARA, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2 PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK,
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM
NO. TELEFON : 03-5514 3400 ext 2036 /5514 3638
NO. FAX: 03-5512 3035

18 Jun 2009

Jemputan Gotong Royong Perdana SRADP

Assalamualaikum w.b.t
- PIBG SRADP ingin menjemput Ibu-Bapa/Penjaga murid-murid bagi menjayakan program Gotong Royong Perdana 2009.
-Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi mengindahkan lagi kawasan sekolah disamping mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibubapa/penjaga dan guru SRADP.
-Jadual dan butiran lanjut adalah seperti yang berikut :-

Tarikh : 21hb.Jun.2009 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : SRA Desa Putra
Aturcara Program :
8.00 pagi - Kehadiran ibubapa/penjaga, pelajar dan guru
8.30 pagi - Aktiviti Gotong Royong
10.00 pagi - Minum pagi
12.00 tghari - Bersurai

Kawasan :
A) Zon 1 - Kawasan dibelakang sekolah (Mesin dan meracun rumput)
B) Zon 2 - Lereng bukit (Mesin & memotong rumput, membaiki tiang bendera)
C) Zon 3 - Longkang Sekolah
D) Zon 4 - Landskap, tandas tersumbat & paip bocor

-Ibubapa/penjaga diminta membawa bersama peralatan seperti cangkul,penyodok longkang,parang,sabit,pencakar sampah,mesin rumput (jika ada-minyak disediakan sekolah) dan lain-lain peralatan yang bersesuaian.

-Sumbangan seperti pokok bunga,pasu bunga,pokok buah-buahan adalah amat dialu-alukan
daripada ibubapa/penjaga murid.

-Semua pelajar tahun 5 dan 6 dikehendaki hadir pada hari tersebut.

-Semoga kerjasama dan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan mendapat rahmat dan keberkatan Allah S.W.T, Amin.

Wassalam.

Pengerusi Program
Sazali Ramli

17 Mei 2008

Permuafakatan Sambutan Hari Guru SRA & SK Desa Putra

Tarikh: 16hb. Mei 2008
Masa: 7.30pg. - 11.30pg
Tempat: SK Desa Putra dan SRA Desa Putra
Program :

  • 7.30 pg : Berkumpul di SK Desa Putra dan Bergerak Ke SRA

  • 8.00 pg : Ketibaan para tetamu

  • 8.05 pg : Perarakan masuk barisan para guru

  • 8.10 pg : Tahlil dan Bacaan doa selamat

  • 8.30 pg : Pembacaan Perutusan/Ucapan/Nyanyian

  • 9.20 pg : Penyampaian Cenderahati murid kepada guru

  • 10.15 pg : Sukaneka Guru dan Murid/Murid menerima makanan

  • 12.00 th : Murid bersurai




26 April 2008

Ahlan Wasahlan/Selamat Datang


Blog SRA Desa Putra masih di dalam pembangunan.
InsyaAllah kandungan blog ini akan menjadi wadah
hubungan silaturrahmi antara murid, guru dan ibubapa.
Disamping itu pihak sekolah dapat memberi maklumat
dan perkembangan mutakhir aktiviti-aktiviti sekolah kepada ibubapa.
Sebarang cadangan,komen ataupun permintaan boleh disampaikan
melalui blog ini ataupun melalui email.

Sazali Ramli
Biro Ekonomi & Pembangunan
PIBG 2008/2009 SRA Desa Putra
email:sradesaputra@gmail.com