18 Jun 2009

Jemputan Gotong Royong Perdana SRADP

Assalamualaikum w.b.t
- PIBG SRADP ingin menjemput Ibu-Bapa/Penjaga murid-murid bagi menjayakan program Gotong Royong Perdana 2009.
-Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi mengindahkan lagi kawasan sekolah disamping mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibubapa/penjaga dan guru SRADP.
-Jadual dan butiran lanjut adalah seperti yang berikut :-

Tarikh : 21hb.Jun.2009 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : SRA Desa Putra
Aturcara Program :
8.00 pagi - Kehadiran ibubapa/penjaga, pelajar dan guru
8.30 pagi - Aktiviti Gotong Royong
10.00 pagi - Minum pagi
12.00 tghari - Bersurai

Kawasan :
A) Zon 1 - Kawasan dibelakang sekolah (Mesin dan meracun rumput)
B) Zon 2 - Lereng bukit (Mesin & memotong rumput, membaiki tiang bendera)
C) Zon 3 - Longkang Sekolah
D) Zon 4 - Landskap, tandas tersumbat & paip bocor

-Ibubapa/penjaga diminta membawa bersama peralatan seperti cangkul,penyodok longkang,parang,sabit,pencakar sampah,mesin rumput (jika ada-minyak disediakan sekolah) dan lain-lain peralatan yang bersesuaian.

-Sumbangan seperti pokok bunga,pasu bunga,pokok buah-buahan adalah amat dialu-alukan
daripada ibubapa/penjaga murid.

-Semua pelajar tahun 5 dan 6 dikehendaki hadir pada hari tersebut.

-Semoga kerjasama dan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan mendapat rahmat dan keberkatan Allah S.W.T, Amin.

Wassalam.

Pengerusi Program
Sazali Ramli